9 Jan 2016

Rayani dan Sekolah Ibunda

Saya membaca pengguna facebook kaum Cina memberi komen negatif terhadap syarikat kapal terbang baru Rayani Air. Mereka ketawa sejauh manakah muslim mahu mengikuti amalan halal dan berpisah sendiri daripada masyarakat majmuk Malaysia? Selain daripada troli NSK halal, kapal terbang halal dan tren KTM halal, adakah muslim juga mahu mengadakan duit halal dan jalan yang halal?

Pada pandangan saya, selagi pelaksanaan amalan halal tidak memberi pengaruh kepada bukan muslim dan semua rakyat ada pilihan, ia bukan satu masalah. Rayani Air dan troli NSK bagi saya ok. Sebab sistem berbagai aliran sekolah di Malaysia juga sama, jikalau orang Cina minta sekolah jenis kebangsaan Cina terus diwujudkan, ia juga bersifat segregasi dan memisahkan sendiri daripada komuniti lain. Tetapi selagi rakyat ada pilihan untuk memilih sekolah kebangsaan, sekolah Cina, sekolah Tamil atau sekolah agama rakyat, kita tidak patut mengkritik sebab ia satu kebebasan.

Akan tetapi, saya tidak setuju dengan KTM melaksanakan tren halal sebab pada waktu 'peak hour', jika tren tersebut hanya untuk muslim sahaja, ia akan menjejaskan kepentingan bukan muslim untuk menikmati perkhidmatan tren KTM. Saya boleh setuju jika KTM mampu menyediakan dua sistem KTM berlainan, dua sistem rail, dua stesen di setiap tempat, dua tren dan 'accessibility' untuk muslim dan bukan muslim adalah sama.

9/1/16

No comments:

Post a Comment