20 Jan 2016

Scholarship JPA Bukan Hak tapi Privileges

Saya tidak setuju dengan seruan Rafizi Ramli bahawa 1MDB harus pulangkan RM1 billion kepada kerajaan untuk menaja 700 orang pelajar yang sepatutnya dapat scholarship JPA. Kerajaan memotong bajet untuk scholarship JPA baru-baru ini untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan.

Betul, 1MDB harus pulang semua duit rakyat, tetapi kenapa duit tersebut harus digunakan pada pelajar untuk melanjutkan pelajaran di luar negara? Secara prinsipnya, kerajaan harus menggalakkan pelajar menghabiskan pengajian tinggi, tidak kira sarjana muda, master atau phd doktor, di Malaysia. Kerajaan mesti mempertingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi supaya semua anak Malaysia dapat menikmati pendidikan berkualiti, bukan 700 orang sahaja.

Tetapi, setiap masyarakat memang ada talent yang kepandaiannya dapat menyumbang kemajuan untuk negara atau dunia seperti albert  Einstein, Rousseau, soalannya setiap negara boleh menghasilkan berapa orang saintis dan pemikir yang mengagumkan dunia? Adakah mereka graduan daripada institusi pengajian tinggi terkenal? Maka saya sokong jika scholarship JPA hanya diberikan kepada pelajar top ten seluruh negara.

Scholarship JPA bukan hak, tapi privilege.

No comments:

Post a Comment