19 Jan 2016

Tentang TPPA

Saya menemui seorang ahli parlimen petang ini dan tanya adakah beliau akan menghadiri himpunan bantah TPPA sabtu ini. Beliau menyatakan sokongannya terhadap TPPA (Trans Pacific Partnership Agreement) yang sekarang menarik bantahan kuat daripada NGO-NGO. Pendirian beliau ialah ekonomi bebas adalah petua utama kemakmuran negara, biar syarikat yang tiada daya saing hilang, kerajaan tidak patut memberi bantuan kepada syarikat seperti berikut.

Bagi beliau,walaupun pengalaman sebelum ini menunjukkan ada syarikat multinational menyaman kerajaan sebab melanggar perjanjian TPPA, itu hanya satu-satu kes sahaja, Malaysia akan dapat faedah jauh lebih besar daripada intervention seperti ini. Beliau menyanggah hujah-hujah seperti kos perubatan akan naik harga, katanya ini tidak benar, kos ubat tidak akan naik, cuma patent bagi ubat bio-teknologi akan dipanjangkan.

Pandangan saya, tiada mana-mana negara di dunia membenarkan ekonomi laissez faire 100%, setiap negara menjaga kepentingan perniagaannya melalui cukai dan subsidi. A
merika Syarikat yang memasarkan idea TPPA dan mendukung liberalisme, juga menjaga industri kacang soya daripada ancaman luar dengan memberi subsidi tinggi, supaya produk tersebut dapat dijual ke seluruh dunia. Maka setiap negara, termasuk Malaysia, ada rasionalnya untuk mewujudkan dasar ekonomi yang memperkasakan industri tempatan dan memastikan kehidupan rakyat tidak diancam oleh kapitalisme sedunia yang bebas mengalir tanpa kawalan. Malaysia harus berhati-hati tidak menjadi alat perlawanan kepentingan geo-politik super-power, tidak kira ia TPPA atau one belt one road.

Malaysia sebagai sebuah negara sovereign, ia harus bertanggungjawab kepada rakyatnya. Keputusan penting seperti menandatangani TPPA yang akan mengubah halatuju ekonomi negara, mesti dikaji secara teliti oleh pakar ekonomi, masyarakat sivil, SME dan rakyat. Ia mesti melalui proses demokratik seperti perbincangan meja bulat dengan badan perniagaan daripada berbagai industri, town hall meeting, analisis stakeholders dan akhirnya kelulusan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

19/1/2016

No comments:

Post a Comment